RSS

:. Entri sempena hari guru

15 Mei 2011. Selamat hari guru buat guru-guru Malaysia.Di Radio Sinar FM, deejay buka ruangan untuk pemanggil ceritakan pengalaman yang paling mereka tak boleh lupakan masa sekolah dulu. Ada yang cerita pengalaman kena cubit dengan cikgu, bergaduh dengan cikgu, tangkap cintan dengan cikgu, dan macam-macam lagilah, dan saya pun teringat memori-memori masa sekolah tadika masa tahun 1994 dulu.

Masa cuti sekolah, kami sekeluarga pulang kerumah nenek, yang tak lah berapa jauh sgt, 15 minit berkereta tanpa trafik jam insyaAllah sampai. biasa lah, bila anak jumpa mak, macam-macam lah gosip yang diceritakan nenek dan mak saya, dan saya sebagai budak, curi-curi dengar lah. Yang paling saya ingat sekali time tu, diorang ni bercerita pasal tahi lalat. Entah apelah yang mereka ceritakan tp yang saya paham masa tu, nenek kata tahi lalat hidup ni 'hidup'. Seram jugak lah dengar kan.

Esoknya, sesi persekolahan pon bermula semula macam biasa lah, pakai baju kurung kotak-kotak merah putih bukan main gembira sekali kesekolah. Tengah rakan-rakan lain sibuk bermain, dengan tak semena-semena saya pon mendekati cikgu yang sedang lepak atas kerusi kecik yang tak sepadan dengan badan dia, biasa lah, kerusi budak tadika. Berikut ialah dialog antara saya dan cikgu :

Saya : Cikgu, boleh saya tanya cikgu satu soalan...?
Cikgu : Ye, boleh, apa dia.
Saya : cikgu, kenapa saya tengok taik lalat cikgu ni, haritu kat sini, harini kat sini pulak. (sambil menunjukkan taik lalat dimuka cikgu).taik lalat cikgu ni berjalan ye?
Cikgu : ...................... .

Oleh kerana curi-curi dengar perbualan orang tua, inilah akibatnya. salah faham. Bila dah dewasa ni, fikir-fikir balik apa yang nenek maksudkan tentang taik lalat hidup tu 'hidup' ialah ia boleh membesar. Bukannye hidup sampai dia ada kaki dan boleh berjalan.

Apa-apa pun, selamat hari guru diucapkan kepada guru tadika saya Cikgu Marina. Terima kasih diatas kesabaran melayan kerenah saya dan mengajar saya sampai pandai membaca. Terima kasih cikgu.

:.Oh Sun rays

Sun rays oh sun rays
Never hide behind a cloud,
Sun rays all my days
That's what love's all about;
Give me no raining shower thought,
Nor glimpse of shadows I've caught.

cabaran wawasan 2020

untuk mewujudkan:

1.Negara Malaysia Bersatu
2.Masyarakat yang berjiwa bebas dan maju
3.Masyarakat demokratik yang matang
4.Masyarakat yang bermoral dan beretika
5.Masyarakat liberal dan bertolak ansur
6.Masyarakat saintifik dan progresif
7.Masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
8.Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
9.Masyarakat yang makmur, dinamik, giat dan kental.